Kuala Lumpur, 9 Jun 2026 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menyematkan lencana pangkat Komisioner Polis (CP) kepada Datuk Dennis Lim Kwang Keng dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Pejabat KPN, Tingkat 31, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini.
Datuk Dennis Lim Kwang Keng yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik)
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah dinaikkan pangkat untuk menerajui Polis Kontinjen
Pulau Pinang dalam satu arahan pertukaran yang diumumkan oleh Bukit Aman, baru-baru ini.
Datuk Dennis Lim Kwang Keng akan menggantikan CP Dato’ Ts. Azizee Ismail sebagai Ketua Polis Pulau Pinang baharu yang akan menjalani persaraan wajib berkuat kuasa 20 Jun ini.
Hadir sama, Pengarah
Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor Yusof Ali dan Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJ Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Sukri Kaman.