Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OBK: BAHAGIAN HIDUPAN LIAR BERNILAI RM160 RIBU DIRAMPAS


Kuala Krai, 11 Jun 2026 - Tergamak bunuh beruang semata-mata mahu mendapatkan hempedu dan kaki haiwan liar itu demi mengaut keuntungan lumayan di pasaran gelap.

Tindakan kejam itu terbongkar hasil serbuan Op Bersepadu Khazanah dan Op Tapis dilakukan pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia bersama 15 anggota Polis Diraja Malaysia di sebuah rumah terletak di Ladang Durian Sungai Chenulang di sini.

Ketua Pengarah PERHILITAN Semenanjung Malaysia, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim berkata, operasi bagi melindungi khazanah negara itu berjaya merampas pelbagai bahagian hidupan liar dianggarkan RM160,000.

Menurutnya, semasa pemeriksaan dilakukan di rumah itu, pihaknya menemui pelbagai sisa bangkai hidupan liar yang sudah dilapah.

"Kami menyita satu tong besar berisi daging hidupan liar yang sudah dilapah serta sebilah lembing yang dipercayai digunakan sebagai senjata untuk memburu.

"Kami turut merampas tujuh unit kuku haiwan, dua belas unit taring, sebelas unit bahagian badan, dan tujuh unit tulang hidupan liar," katanya.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS