Kuala Lumpur, 11 Jun 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan tahap kesiapsiagaan yang optimum dalam menghadapi Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Negeri yang akan datang.
Perkara tersebut dibincangkan dalam kunjungan hormat Pengerusi SPR, Dato' Sri Ramlan Dato' Harun ke atas Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada pelbagai aspek persediaan dan penyelarasan antara kedua-dua agensi bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya, termasuk pelaksanaan undi awal, pengurusan undi pos, kawalan keselamatan serta ketenteraman awam.
Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan usaha memperkukuh koordinasi operasi bagi memastikan setiap proses pilihan raya dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan selamat.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah barisan Pengarah PDRM, Timbalan Pengarah E1 Cawangan Khas Bukit Aman, CP Datuk Mohd Hairuddin Che Hamid, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor Yusof Ali, Ketua
Polis Negeri Sembilan, DCP Datuk Alzafny Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Gerakan,
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, SAC Zaman Shah Omar, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Lim Chee Wah serta para pegawai SPR.
Jurugambar: Lans Koperal Khairunisa Ibrahim