Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 11 Jun 2026 (Khamis).
Sebanyak 1,908 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 22 kematian. Terdapat peningkatan kes sebanyak 36 kes kemalangan dan 16 kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM