Menu

[UPDATE] KERATAN AKHBAR PILIHAN: SUSPEK DUA BERADIK SUDAH DITAHAN POLIS

Ipoh, 12 Jun 2026 - Polis menahan dua beradik yang dipercayai terbabit dalam kes kecurian sebuah kotak wang dan telefon bimbit milik peniaga nasi bajet di Jalan Lebuh Meru Raya, di sini, dalam satu kes yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, ACP Muhammad Najib Hamzah berkata, dua beradik berusia 24 dan 36 tahun itu ditahan di Teluk Intan pada Isnin lalu susulan siasatan yang dijalankan berhubung insiden itu.

Beliau berkata, kejadian kecurian itu berlaku pada waktu tengah hari pada 21 Mei lalu ketika mangsa sedang mengendalikan gerai nasi bajet berkenaan.

“Mangsa didekati oleh dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal dengan niat untuk membeli makanan.

“Ketika mangsa sedang sibuk membungkus nasi lemak, salah seorang suspek mengambil kotak wang yang mengandungi wang tunai dan sebuah telefon bimbit sebelum kedua-duanya melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS