Kota Bharu, 15 Jun 2026 - Penggunaan teknologi dron dilihat jauh lebih efektif dalam mengekang aktiviti penyeludupan di sepanjang Sungai Golok berbanding rondaan bot oleh Polis Marin berikutan faktor sungai berkenaan yang sempit.
Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat berkata, memantau sempadan menggunakan bot peronda tradisional kini kurang berkesan kerana bunyi enjin mudah dikesan anggota sindiket penyeludupan di seberang sempadan sebelum sempat pihak berkuasa mengambil tindakan.
Beliau berkata, sungai yang sempit membolehkan penjenayah memantau rapat pergerakan aset air pihak berkuasa dari jarak jauh, sekali gus menyukarkan operasi tangkapan dilakukan secara bersemuka.
"Pada saya, tidak berkesan sangat kita ronda dengan bot sebab sungai terlalu sempit, tidak sempat buat apa-apa. Di seberang sana pun sudah boleh dengar bot sampai, jadi mereka tidak akan masuk (menyeludup) pada masa itu.
"Justeru, adalah lebih baik kita gunakan teknologi dron berbanding rondaan bot untuk memantau kawasan sempadan sebelum tembok atau pagar keselamatan dibina sepenuhnya di sebelah wilayah kita," katanya, baru-baru ini.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.