Menu

KPN BERSAMA KEPIMPINAN TERTINGGI PDRM HADIR MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN SUKAN SILAT PIALA KPN 2026 : VIDEO PILIHAN


Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN) merangkap Yang Dipertua Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama barisan kepimpinan tertinggi PDRM menghadiri Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Silat Piala KPN Tahun 2026 yang berlangsung di Karisma Arena, Seremban, Negeri Sembilan pada 14 Jun 2026.

Perlawanan akhir Silat Olahraga kategori lelaki dan wanita dengan aksi penuh bertenaga serta semangat juang tinggi para pesilat itu mencuri perhatian penonton apabila Konstabel Mohamad Hafiz Halim dari Kontinjen Bukit Aman muncul juara kategori Tanding Putra I (85-90kg), manakala kategori Tanding Putri B (50-55kg) dimenangi oleh Konstabel Riezlynn Edelya Edtasha Ahmad Rozi dari Kontinjen Negeri Sembilan.

Sumber: TikTok PDRMsia_Official

Juruvideo: PDRM RMPTV




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS