Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 15 Jun 2026 (Isnin).
Sebanyak 1,905 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 16 kematian. Terdapat peningkatan kes sebanyak 445 kes kemalangan dan dua kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM