Menu

TIMBALAN KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SURUHANJAYA KESELAMATAN AWAM KEBANGSAAN JEPUN

Kuala Lumpur, 16 Jun 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada delegasi Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan Jepun yang diketuai oleh Ahli Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan, H.E. Akiyoshi Hitomi, di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara PDRM dan agensi penguatkuasaan Jepun dalam usaha menangani jenayah rentas sempadan, khususnya jenayah penipuan serta jenayah terancang antarabangsa.

Sepanjang pertemuan, kedua-dua pihak membincangkan situasi semasa jenayah, trend dan modus operandi sindiket penipuan rentas sempadan, selain memperhalusi usaha mempertingkatkan kerjasama penyiasatan menerusi pertukaran maklumat risikan, bantuan siasatan, pengesanan suspek serta penyelarasan tindakan penguatkuasaan.

Pertemuan tersebut mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Jepun dalam memperkukuh kerjasama antarabangsa bagi membanteras jenayah rentas sempadan, sekali gus mempertingkatkan aspek keselamatan serta kesejahteraan masyarakat di kedua-dua negara.

Turut hadir ialah barisan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Mohamad Noor Yusof Ali, ACP Perhubungan Antarabangsa, Urus Setia KPN Bukit Aman, ACP Loh Pey Pey serta delegasi Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan Jepun.

Jurugambar: PDRM RMP TV
 


May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of chess

May be an image of text that says 'BUKITAMAN BUKIT AMAN SANG BERKIE 41 SA 0 AMa DRM 實香'

May be an image of ‎text that says '‎ة BUKIT BUKITAMAN AMAN @HAK @HAK-MILIKPDP MILIK MILIKPORM PDRM‎'‎

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS