Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham ACP Jasmin Hussin atas pemergian beliau.
Allahyarham yang berusia 53 tahun dan merupakan Ketua Polis Daerah Tawau telah meninggal dunia pada jam 2.04 pagi tadi di Unit Kecemasan, Hospital Tawau, Sabah.
Semoga roh Allahyarham ACP Jasmin Hussin dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.