Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Koperal Adnan Kuranding dan Lans Koperal Muhammad Afnan Rusli dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu atas keprihatinan membantu seorang penunggang motosikal warga emas yang mengalami kerosakan motosikal di Jambatan Wakaf Stan, Kubang Kerian, Kelantan, semalam.
Menyedari kesukaran yang dihadapi, kedua-dua anggota berkenaan segera tampil membantu dengan memeriksa motosikal tersebut sebelum berjaya menghidupkan semula enjin, sekali gus membolehkan warga emas itu meneruskan perjalanan pulang dengan selamat.
Sejajar dengan peribahasa “yang tua dihormati, yang muda disayangi”, tindakan kedua-dua anggota tersebut mencerminkan nilai keprihatinan serta semangat kemasyarakatan yang menjadi amalan warga Sang Saka Biru dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Sumber video: TikTok Chefhero