Menu

KPN HADIR MESYUARAT TAWP BILANGAN 1 TAHUN 2026

Johor Bahru, 18 Jun 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengurus Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) Bilangan 1 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi TAWP, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Mesyuarat tersebut membincangkan pembentangan laporan serta penyata kewangan, pengesahan minit mesyuarat terdahulu dan beberapa perkara berbangkit yang memerlukan tindakan lanjut oleh ahli lembaga.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Puan Ainah Mohd Soon, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ab Rahaman Arsad serta Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor Yusof Ali.

Sumber gambar: Unit Media IPK Johor

May be an image of text

May be an image of studying, television, newsroom and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of one or more people and text

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS