Menu

#BiarJasaJadiKenangan POSTING PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM

Terima kasih kepada pemilik akaun Facebook Said Azlan atas penghargaan yang dizahirkan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam iaitu Koperal Mohd Hazim Mohd Hanif dan Lans Koperal Muhamad Alimi Makhtar yang membantu individu mengalami kerosakan kenderaan di Jalan Shah Batu 3, Shah Alam, Selangor, semalam.

Tindakan pantas kedua-dua anggota terlibat membantu menolak kenderaan tersebut telah melancarkan aliran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya lain dalam keadaan selamat.

Diharapkan tindakan terpuji ini menjadi teladan kepada seluruh warga Sang Saka Biru untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat.

Sumber video: Facebook Said Azlan

May be an image of road and street
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS