Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 64 PATI DITAHAN, RAMPASAN DAN KOMPAUN LEBIH RM623,000

Lahad Datu, 19 Jun 2026 – Seramai 64 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dan Filipina ditahan dalam operasi bersepadu selama dua hari yang diselaraskan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di daerah ini.

Komander ESSCOM, DCP Datuk Victor Sanjos berkata, operasi yang berakhir pada Khamis itu turut mengesan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen, pekerjaan, pelesenan perniagaan, trafik, utiliti dan kastam.

Beliau berkata, operasi berkenaan menghasilkan nilai kompaun dan sitaan kira-kira RM623,450, dengan 71 notis dan kompaun dikeluarkan selain dua kes pendakwaan dimulakan oleh pelbagai jabatan serta agensi penguat kuasa.

"Operasi ini merupakan usaha berterusan ESSCOM bagi memastikan pematuhan undang-undang di Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone), membanteras PATI dan aktiviti ekonomi menyalahi undang-undang, selain memperkukuh keselamatan serta ketenteraman awam," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Daily Express seperti di lampiran

May be an image of slow loris and text that says 'Azmie 64 PTI ditahan, rampasan dan kompaun lebih RM623,000 Seramai 64 Indonesia Filip- bersepadu dalam Pantai Datuk Victor mengesan pelbagai pekerjaan, trafik, utiliti dan Beliau operasi berkenaan sitaan notis pelbagai jabatan Selamat undang- katanya Khamis. pendakwaand bawah dengan nilai penguatkuasaan SEBAHAGIAN yang dijalankan semasa operasi. Victor berkata Jabatan Tenaga Kerja bungan haram seberat kilogram dan dengan RM14,800 enganggarkan kerugian tahunan elektrik haram Angkatan sembilan notis mengejut RM429,600, operasi penguatkuasaan pelbagai mampu pbandar dan puuy Daripada individu diperiksa kesejahteraan menyita Diraja Malaysia Esscom akan Imigresen lanjut. kepada Dalam Negeri bernilai kira-kira Perdagangan Hidup men- berkaitan kabel kepada Pusat 08g-863181 WhatsApp'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS