Prihatin dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada masyarakat, anggota Balai Polis Ulu Tiram iaitu Koperal Muhammad Faizal Ishak dan Lans Koperal Sukery Sipine telah membantu seorang penunggang motosikal yang dipercayai terjatuh sendiri selepas terlanggar lubang di Jalan Keluar Ban Foo, Ulu Tiram, Johor, semalam.
Ketika menjalankan rondaan pencegahan jenayah, kedua-dua anggota berkenaan telah memberikan bantuan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan ringan pada bahagian kaki dan mulut serta memastikan keadaannya berada dalam keadaan selamat.
Terima kasih kepada kedua-dua anggota yang terlibat atas keprihatinan dan bantuan yang dihulurkan. Semoga mangsa diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.
Sumber: BALAI POLIS ULU TIRAM