Menu

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KP PAHANG

Kuala Lumpur, 24 Jun 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis (KP) Pahang, CP Dato’ Sri Yahaya Othman di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, pagi tadi.

Kunjungan tersebut diadakan bersempena persaraan wajib Dato’ Sri Yahaya yang berkuat kuasa pada 26 Jun ini selepas hampir 40 tahun menabur bakti dan berkhidmat dalam pasukan PDRM.

Pertemuan tersebut turut mengukuhkan kerjasama antara kepimpinan selain menghargai jasa dan sumbangan Dato’ Sri Yahaya sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Turut hadir ialah Timbalan KP Pahang, DCP Dato’ Azry Akmal Dato’ Hj. Ayob, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor Yusof Ali serta Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi, SAC Amran Ab. Rashid.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Norkhairunisa Ibrahim.

May be an image of text that says 'BUKIT BUKITAMAN ΑΜΑΝ - e RM'

May be an image of dais, the Oval Office and text

May be an image of dais, the Oval Office and text

May be an image of saxophone

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people and dais
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS