Menu

ARTIKEL PILIHAN: PDRM SEDIA DAPATKAN BANTUAN INTERPOL, ASEANAPOL BANTERAS JUDI PILA DUNIA - KPN

Kuala Lumpur, 23 Jun 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia mendapatkan bantuan daripada agensi penguatkuasaan antarabangsa sekiranya dikesan kegiatan perjudian haram atau sindiket mengatur perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 yang melibatkan rangkaian jenayah rentas negara.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata, walaupun pemantauan ketika ini tertumpu kepada operasi sindiket di dalam negara, PDRM sentiasa bersedia memperluas kerjasama dengan rakan agensi penguatkuasaan luar negara termasuk ASEANAPOL dan INTERPOL sekiranya ada keperluan.

Beliau berkata cabaran utama pihak berkuasa ketika ini ialah perubahan corak operasi sindiket yang semakin bergantung kepada teknologi, termasuk penggunaan aplikasi dalam talian, platform digital dan peranti pintar bagi menjalankan aktiviti pertaruhan secara tersembunyi, berbanding pertaruhan di premis fizikal.

"Saya juga telah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah di setiap kontinjen untuk memantau rapi dan mengambil tindakan drastik bagi menghentikan sepenuhnya kegiatan perjudian siber terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) ke-42 di Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS