Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PGA RAMPAS SISA ELEKTRONIK HARAM BERNILAI RM6.4 JUTA

Kuantan, 24 Jun 2026 - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai barangan kitar semula dan peralatan termasuk sisa elektronik bernilai lebih RM6.4 juta hasil serbuan ke atas sebuah kilang penyimpanan dan peleraian yang disyaki beroperasi secara haram di Gambang di sini pada Isnin.

Serbuan menerusi Op Hazard pada jam 3.10 petang dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan itu turut menahan seorang pengurus kilang warga tempatan berusia 27 tahun.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan sepasukan anggota Cawangan Risik Batalion 7 PGA Kuantan ke atas kilang tersebut menemukan pelbagai barangan terdiri daripada 15 tan sisa elektronik, lima tan papan induk komputer, tembaga seberat 550 kilogram dan 800 liter minyak pelincir transformer.

"Turut ditemui 400 liter minyak diesel, peralatan penyedut minyak, 40 unit lampu HPSV bersaiz jumbo, 30 unit switchgear dan 10 unit tangki simpanan berkapasiti 1,000 liter dengan nilai keseluruhan melebihi RM6.4juta.

"Ketika diperiksa, pengurus kilang gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan barangan yang berada di kilang tersebut," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS