Putrajaya, 29 Jun 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh komitmennya dalam menyokong agenda pendigitalan negara dan memperkasakan keselamatan siber menerusi penglibatan dalam Pre-Council Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) serta Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) yang berlangsung di Kompleks Setia Perkasa, Kementerian Dalam Negeri, di sini, pagi tadi.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu menjadi platform penting bagi meneliti cadangan, menyelaras pandangan antara kementerian dan agensi berkaitan serta memastikan setiap keputusan yang dibawa ke peringkat seterusnya dirancang secara menyeluruh, strategik dan berkesan.