Kuala Lumpur, 30 Jun 2026 - Polis Diraja Malaysia menahan seramai 331 individu menerusi 293 serbuan yang dilaksanakan di seluruh negara dalam Ops Soga XI.
Operasi dijalankan bagi membanteras kegiatan pertaruhan sukan tanpa lesen dan perjudian dalam talian sempena Kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu berkata, operasi yang bermula 11 Jun lalu sehingga 19 Julai depan itu dilaksanakan secara bersepadu dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
"Daripada keseluruhan tangkapan, seramai 312 adalah lelaki dan 19 wanita, membabitkan 234 warga tempatan serta 97 warga asing yang disyaki terbabit dalam aktiviti pertaruhan haram dan perjudian dalam talian.
"Turut dirampas dalam operasi itu wang tunai berjumlah RM145,005.09, manakala nilai keseluruhan pertaruhan yang dikesan mencecah RM2.63 juta," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran