Menu

VIDEO PILIHAN: KUNJUNGAN HORMAT OLEH DATO' MURSHID DIRAJA DATUK DR. JUANDA JAYA


Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Dato' Murshid Diraja Datuk Dr. Juanda Jaya bersama delegasi di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Kunjungan tersebut menjadi platform bagi memperkukuh hubungan kerjasama antara PDRM dengan Kerajaan Negeri Sarawak, di samping menyampaikan undangan kepada Tan Sri Ayob Khan sebagai panel bagi Program Persidangan Integriti, Tatakelola dan Anti Rasuah serta Sambutan Hari Integriti Sarawak yang dijadualkan berlangsung pada bulan hadapan.

Sumber: TikTok PDRMsia_Offcial

Juruvideo: PDRM RMP TV




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS