Kuala Lumpur, 6 Julai 2026 – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) memperketat proses pendaftaran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerusi tapisan keselamatan oleh Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia bagi memastikan hanya pertubuhan yang berintegriti dibenarkan beroperasi.
Ketua Pengarah RoS, Dato’ Mohd Zulfikar Ahmad berkata, proses tapisan itu memberi tumpuan kepada pertubuhan yang beroperasi dalam bidang kebajikan dan agama, termasuk penelitian latar belakang individu yang terbabit dalam pengurusan pertubuhan serta penilaian menyeluruh bagi mengelakkan sebarang salah guna atau manipulasi kutipan derma.
Beliau berkata, RoS turut memperkukuh kerjasama strategik dengan pelbagai agensi penguat kuasa termasuk Cawangan Khas dan JSJ melalui perkongsian maklumat serta tindakan penyelarasan bagi memastikan sebarang salah guna kutipan dana dapat ditangani mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Menurutnya, langkah itu bukan sahaja bertujuan memperkukuh aspek integriti dan tadbir urus pertubuhan, malah meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sistem pemantauan NGO serta memastikan setiap kutipan dana dilaksanakan secara telus dan berakauntabiliti.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.