Menu

PIC OF THE DAY: KASIH TANPA SEMPADAN

 
Seteguk air mungkin kelihatan kecil nilainya, namun bagi insan yang memerlukan, ia mampu mengembalikan sedikit kekuatan dan harapan untuk meneruskan kehidupan.

Itulah tindakan penuh ihsan anggota polis dari Balai Polis Simpang Pulai iaitu Koperal Mohamad Noor Iqbal Rosman dan Koperal Khairul Anwar Mohd Khalil yang menghulurkan bantuan kepada seorang gelandangan di kawasan tanah perkuburan cina Kampung Kepayang, Ipoh Perak, baru-baru ini.

Bantuan dengan memberikan air minuman kepada gelendangan tersebut membuktikan bahawa tugas Polis Diraja Malaysia bukan sekadar menguatkuasakan undang-undang, malah turut menyantuni masyarakat tanpa mengira latar belakang atau keadaan hidup.


No photo description available.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS