Kuala Lumpur, 6 Julai 2026 - Dadah yang dibawa rakyat Malaysia ditahan di Macau bersama heroin bernilai kira-kira RM2.09 juta, bulan lalu, dipercayai diperoleh dari negara jiran.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Hussein Omar Khan, berkata suspek juga dipercayai menaiki penerbangan dari negara jiran, bukan dari Malaysia.
Menurut beliau, pihaknya menerima maklumat rasmi daripada pihak berkuasa Macau berhubung penahanan rakyat Malaysia berusia pertengahan 20-an dan berasal dari Sarawak itu, semalam.
"Maklumat yang kita terima menunjukkan suspek bukan berlepas dari Malaysia tetapi dari negara jiran di utara. Kita juga percaya dadah yang dibawa oleh suspek juga diperolehi di negara jiran,.
"JSJN sedang bekerjasama dengan agensi penguatkuasa dadah dari negara jiran memandangkan suspek menggunakan laluan lain selain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk tujuan penyeludupan dadah," katanya kepada BH, hari ini.
Sumber: Berita Harian
