Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: LINDUNGI MANGSA SCAM, KAJI SEBAT PENJENAYAH SIBER

 
Putrajaya, 8 Julai 2026 - Pelaksanaan hukuman sebat kepada pesalah dan mekanisme pemulangan wang kepada mangsa scam antara kajian yang sedang dilaksanakan kerajaan dalam memperkasakan undang-undang jenayah siber.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato' Sri Azalina Othman Said, berkata kajian terbabit sedang dilaksanakan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dalam meneliti langkah dan mekanisme perlindungan lebih menyeluruh kepada mangsa jenayah siber.

"BHEUU buat kajian lebih mendalam isu mangsa dalam jenayah siber, bukan saja dalam elemen jenayah siber, ''online harms'', ''digital offences''.

"Saya cakap tadi mengenai beberapa negara punya bidang kuasa macam Singapura membabitkan hukuman sebat kepada pesalah, kita hanya kena denda dengan hukum penjara, jadi kajian itu yang kita akan buat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Siber (NCSS) 2026 di sini, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'LINDUNGI MANGSA SCAM Kaji sebat penjenayah siber Oleh Mohd Iskandar am@hmetro.com.my Putrajaya hukuman dan mulangan YeM イ区 ORDUSINEISS dalam RESILIENCE lebih kajian ofences 'Macam UK dengan Australia, apabila mangsa jenayah penipuan dalam talian, yang pulangkan balik duit mangsa manakala negara kita belum mekanisme berkenaan)' menge- membabitkan PENGUINJUNG hadir meninjau reruai pada National Cyber Security Summit NCSS) 2026 Keselamatan 2026 sini, katanya demikian Azalina Azalina berkata, kerang- Dewan Putra Pusat Konvensyen menghadiri Sidang 'Macam seperti Kanun banyak UK Jenayah, aspek (United tindakan terhadap kita belum (ada mekanis- dalam merlukan me- pulangkan manakala negara kadang-ka kepada mangsa. semula elemen tanya. nak'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS