Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Majlis Perasmian Kem Sultan Nazrin Shah, 69 Komando yang disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Magfur-Lah di Ipoh, Perak.
Turut berangkat ke majlis tersebut ialah DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa serta Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah bersama Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Tunku Soraya Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Sumber: TikTok PDRMsia_Offcial
Juruvideo: Lans Koperal Muhamad Afiq Abdullah