Seremban, 10 Julai 2026 - Cecair Ganja dan Ketamin yang dimasukkan dalam peranti rokok elektronik atau vape antara dadah bernilai RM2.08 juta dilupuskan Polis Kontinjen Negeri Sembilan, semalam.
Ketua
Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Alzafny Ahmad berkata, semua eksibit itu adalah hasil daripada serbuan serta rampasan yang dilakukan dan sudah selesai prosiding mahkamah.
"Pelupusan membabitkan kes di semua daerah di Negeri Sembilan. Antara dadah dilupuskan adalah Heroin sebanyak 7,795.57 gram (g), Ganja (4890.52 g), Syabu (13280.07 g), dan Ketamin (2120.16 g).
"Terdapat cecair vape/Ketamin (75.56 liter), cecair Ganja (15.50 mililiter (ml) dan cecair Ketamin (0.01 ml)," katanya pada sidang media Pelupusan Barang Kes Dadah, di sini, semalam.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.