Shah Alam, 10 Julai 2026 -
Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang merampas pelbagai sisa elektronik (e-waste) dan peralatan pemprosesan dianggarkan bernilai RM2.57 juta dalam serbuan di sebuah kilang di Teluk Panglima Garang, di sini, Selasa lalu.
Dalam operasi kira-kira jam 10.30 pagi itu, seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun yang mengaku sebagai penjaga kilang ditahan bagi membantu siasatan.
Komander PPM Wilayah Satu, ACP Jaffri Bidin berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan dipercayai menjalankan aktiviti penyimpanan dan pemprosesan sisa elektronik tanpa dokumen serta permit yang sah.
Beliau berkata, pihaknya turut menemukan pelbagai barangan elektronik terpakai, kabel tembaga, bateri, komponen lif, mesin mampatan dan sisa buangan berjadual yang disyaki diproses secara tidak sah.
"Ketika serbuan dijalankan, terdapat 14 pekerja warga asing berusia antara 23 hingga 53 tahun berada di dalam kilang berkenaan dan mereka turut ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.