Menu

#BiarJasaJadiKenangan [PIC OF THE DAY] PRN JOHOR: ANGGOTA BSPT IPD PASIR PUTEH BANTU WARGA EMAS TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB MENGUNDI


Keprihatinan yang ditunjukkan oleh Lans Koperal Muhammad Shafiq Fitri Mohamad Rashid dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Kelantan wajar dijadikan contoh apabila beliau membantu seorang warga emas bagi menunaikan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Beliau yang terlibat dalam penugasan kawalan lalu lintas dan keselamatan, tampil menghulurkan bantuan kepada warga emas berkenaan bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar.

Tindakan tersebut mencerminkan nilai ihsan, keprihatinan serta profesionalisme warga Sang Saka Biru dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.


May be an image of scooter, car, road and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS