Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 10 Julai 2026 (Jumaat).
Sebanyak 1,970 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 13 kematian. Terdapat peningkatan kes sebanyak 41 kes kemalangan dan penurunan enam kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.