Menu

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM SITA PELBAGAI JENIS DADAH RM13.2 JUTA


Kuala Lumpur, 11 Julai 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyita dadah lebih 90 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM13.2 juta dalam lima serbuan di Lembah Klang dan Kuantan.

Tujuh ahli sindiket membabitkan enam lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berusia antara 25 hingga 35 tahun juga ditahan dalam operasi pada 3 Julai lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, polis merampas 84.3 kg serbuk Methylenedioxymethamphetamine, 4.4 kg, pil Ekstasi, 2.4 kg dadah Ketamin dan 730 gram pil Eramin 5.

Katanya, sindiket itu membekalkan dadah sintetik ke pusat hiburan sekitar Lembah Klang dan Kuantan.

Beliau berkata, serbuan dijalankan di unit kondominium di Lembah Klang dan Pahang yang dijadikan tempat penyimpanan dan pembungkusan dadah.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS