Menu

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: VAPE JADI MEDIUM GANJA SINTETIK


Shah Alam, 11 Julai 2026 - Campuran ganja sintetik dalam cecair rokok elektronik (vape) mengakibatkan kerosakan neuropsikologi dan halusinasi ekstrem.

Synthetic Cannabinoid atau kanabis buatan ini dikesan digunakan melalui pengambilan cecair vape.

la bukanlah "magic mushroom" seperti yang didakwa, sebaliknya ialah ganja sintetik berdasarkan hasil kajian Jabatan Kimia terhadap sampel yang diserahkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Bagaimanapun, kanabis buatan boleh menjejaskan kesihatan mental serta meningkatkan risiko kecederaan fizikal akibat kehilangan daya pertimbangan. Ini kerana kesannya lebih drastik dan sukar dijangka memandangkan ia tergolong dalam kategori dadah halusinogen.

Penagihannya juga boleh menyebabkan pengguna bertindak diluar kawalan, seperti percaya mereka ada kuasa luar biasa atau mampu terbang.

Ikuti kupasan lanjut oleh Ketua Pengarah AADK, Dato' Ruslin Jusoh mengenai penyalahgunaan dadah sintetik seperti yang dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian.

May be an image of text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS