Machang, 13 Julai 2026 - Mahkamah Majistret di sini semalam menjatuhkan hukuman denda RM6,500 terhadap seorang buruh yang mengaku bersalah menghalang tugas dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan menendang anggota polis semasa serbuan di Kampung Laklok di sini, kira-kira dua minggu lalu.
Mohamad Ariff Hakimi Che Ghani, 26 tahun, membuat pengakuan itu di depan Majistret Rais Imran Hamid.
Rais Imran juga memerintahkan lelaki itu dipenjara sembilan bulan, jika gagal membayar denda.
Dia didakwa dengan sengaja menghalang seorang penjawat awam, iaitu anggota polis Sub Inspektor Mohmad Zulkifli Mat daripada menjalankan tugas rasmi dengan mengeluarkan kata-kata kesat sebelum menendang anggota itu pada 8.15 malam 27 Jun lalu di depan sebuah rumah di kampung itu.
Pertuduhan dikemuka mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.