Menu

VIDEO PILIHAN: KUNJUNGAN HORMAT SYARIKAT BOLT MALAYSIA KE ATAS TIMBALAN KPN

Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada delegasi Syarikat Bolt Malaysia yang diketuai oleh Pengurus Besar, Encik Afzan Lutfi di Bilik Perbincangan KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan peluang kerjasama strategik antara PDRM dan Bolt Malaysia dalam memperkukuh aspek keselamatan jalan raya, khususnya menerusi pelaksanaan kempen kesedaran kepada para pemandu serta penumpang yang menggunakan perkhidmatan e-hailing.

Sumber: TikTok PDRMsia_Official

Juruvideo: PDRM RMPTV

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS