Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: BANGLO SCAMMER DISERBU, 21 WARGA CHINA DITAHAN

Melaka, 16 Julai 2026 - Polis menyerbu sebuah banglo dua tingkat di Ayer Keroh yang dijadikan 'sarang' kegiatan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud, Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Polis Melaka Tengah, Superintenden Halim Abas berkata, serbuan dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, jam 8.00 malam.

Beliau berkata, anggota berjaya menahan 21 lelaki warga China berusia antara 23 hingga 54 tahun yang dipercayai terbabit dalam sindiket berkenaan.

Menurutnya, hasil soal siasat awal mendapati semua suspek yang gagal menunjukkan pas kemasukan ke negara ini ditawarkan bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di pusat panggilan itu.

Katanya, modus operandi sindiket adalah memperdaya mangsa menerusi tawaran pelaburan dalam talian yang tidak wujud dengan menjanjikan keuntungan tinggi dalam tempoh singkat.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS