Menu

TIMBALAN KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI SYARIKAT BOLT MALAYSIA

Kuala Lumpur, 15 Julai 2026 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada delegasi Syarikat Bolt Malaysia yang diketuai oleh Pengurus Besar, Encik Afzan Lutfi di Bilik Perbincangan KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, petang tadi.

Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan peluang kerjasama strategik antara PDRM dan Bolt Malaysia dalam memperkukuh aspek keselamatan jalan raya, khususnya menerusi pelaksanaan kempen kesedaran kepada para pemandu serta penumpang yang menggunakan perkhidmatan e-hailing.

Turut hadir ialah Pengarah Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Noor Hisam Nordin, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, DCP Mohd Rozi Jidin dan ACP Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, ACP Dr. Mazlan Ismail.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of one or more people and text

May be an image of text that says 'E IBU PEJABAT POLIS DIR DIRAJA MALA MALAYSIA POLISDIRAJAMALAYSIA YSIA BUKIT BUKITAMAN AMAN MILIK ト'

May be an image of text that says 'BUKIT AMA อน @HAKEMILIK HA a @HALA PD E'

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS