Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM KENAL PASTI LOKASI PANAS DIEKSPLOITASI SINDIKET PENYELUDUPAN

Padang Besar, 20 Julai 2026 - Beberapa lokasi di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand dikenal pasti Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai lokasi panas yang sering dieksploitasi sindiket bagi menjalankan pelbagai aktiviti jenayah rentas sempadan.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Aman, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohd Rodhi berkata, laluan terbabit dikenal pasti berdasarkan statistik tangkapan dan percubaan penyeludupan yang direkodkan Briged Utara.

"Kalau kita melihat trend terkini bagi jenayah rentas sempadan ini, ia meliputi penyeludupan dadah, kemasukan pendatang tanpa izin (PATI), penyeludupan barang kontraban, bahan api bersubsidi dan kenderaan curi.

"Kita sudah mengenal pasti beberapa laluan haram yang digunakan sindiket untuk keluar masuk antara kedua-dua negara.

"Antara kawasan yang menjadi laluan utama termasuk Padang Besar (Keretapi Tanah Melayu Berhad) dan Bukit Kuan Chu, Taman Radzi, Felda Mata Air, manakala Wang Kelian, Ladang Chuping dan Bukit Kayu Hitam," katanya ketika meninjau operasi penugasan PGA Briged Utara di Padang Besar, baru-baru ini.

Beliau berkata, kawasan berkenaan menjadi pilihan sindiket berikutan kedudukan strategik, kewujudan laluan haram serta bentuk muka bumi yang mencabar.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

See less
May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS