Menu

#BiarJasaJadiKenangan PIC OF THE DAY: ANGGOTA BALAI POLIS PUCHONG JAYA BANTU WARGA EMAS PULANG KE RUMAH

 
Terima kasih kepada Koperal Mohd Yassir Mohd Yusof dan Lans Koperal Mohamad Rasuki Radzemi dari Balai Polis Puchong Jaya, Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang kerana membantu seorang warga emas yang dipercayai mengalami masalah lupa ingatan selepas ditemui di LRT Bandar Puteri, Puchong, Selangor, semalam.

Bertindak atas maklumat daripada Pusat Kawalan Daerah Serdang, kedua-dua anggota tersebut segera mengesan alamat kediaman warga emas berkenaan sebelum berjaya menghantarnya pulang ke rumah dengan selamat.

Syabas dan terima kasih atas dedikasi yang ditunjukkan! 


No photo description available.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS