Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh usaha membanteras penipuan kewangan dalam talian menerusi National Scam Response Centre (NSRC) yang kini berada di bawah seliaan KDN. Melalui kerjasama strategik bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia, institusi kewangan dan agensi berkaitan, tindakan pantas dilaksanakan bagi mengesan, menyekat serta membekukan aliran dana mangsa.
Orang ramai disaran segera menghubungi talian 997 sebaik sahaja menyedari diri menjadi mangsa bagi membolehkan tindakan segera diambil dalam tempoh "golden hour".
KDN turut mengingatkan masyarakat supaya sentiasa berwaspada, membuat semakan sebelum melakukan transaksi kewangan dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran yang mencurigakan, selaras dengan usaha berterusan kerajaan memperkukuh pencegahan dan penguatkuasaan terhadap jenayah penipuan dalam talian.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri