Petaling Jaya, 22 Julai 2026 - Seramai 180 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana disyaki menjadi keldai dadah dalam tempoh tiga tahun sejak 2024 hingga April tahun ini.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, jumlah itu sekali gus mencerminkan sindiket antarabangsa masih berjaya memperdaya rakyat negara ini dengan pelbagai tawaran lumayan.
Katanya, kebanyakan mangsa terpedaya dengan tawaran pekerjaan, ganjaran mudah atau tidak menyedari implikasi undang-undang berat di negara berkenaan.
"Sindiket turut menggunakan pelbagai modus operandi licik dan terancang termasuk menawarkan pekerjaan palsu, pakej percutian percuma serta ganjaran kewangan lumayan," katanya.
Beliau turut mengingatkan bahawa penglibatan dalam aktiviti itu boleh membawa hukuman berat termasuk penjara seumur hidup atau hukuman mati di sesetengah negara.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Utusan Malaysia seperti di lampiran