Shah Alam, 22 Julai 2026 - Sebanyak 247.8 kilogram (kg) dadah jenis bunga Ganja yang dianggarkan bernilai RM19.82 juta dipercayai untuk diseludup ke negara Eropah dirampas Polis Selangor menerusi enam siri tangkapan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara 11 hingga 17 Julai lalu.
Dalam siri tangkapan yang dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA dan Polis Bantuan Malaysia ports Holdings Air-Berhad itu, tujuh individu iaitu seorang wanita tempatan dan enam warganegara asing termasuk dua wanita ditahan dipercayai bertindak sebagai keldai dadah.
Ketua
Polis Selangor, CP Dato’ Pahlawan Shazeli Dato’ Kahar berkata, kes pertama membabitkan penahanan seorang wanita tempatan berusia 37 tahun di ruang menunggu pelepasan KLIA pada 11 Julai lalu.
Katanya, pemeriksaan ke atas dua bagasi dipercayai milik wanita itu menemukan 60 bungkusan ketulan mampat disyaki bunga Ganja seberat 36 kg yang dianggarkan bernilai RM2.88 juta.
"Kes kedua membabitkan rampasan 80 bungkus ketulan mampat disyaki bunga Ganja seberat 82.7 kg dengan anggaran nilai RM6.62 juta selepas pemeriksaan dilakukan terhadap empat bagasi milik dua lelaki warga asing berusia 34 dan 48 tahun, pada 13 Julai.
"Pada hari yang sama, dua wanita warga asing berusia 24 dan 25 tahun ditahan secara berasingan ketika berada di ruang menunggu pelepasan penerbangan.
"Hasil pemeriksaan terhadap dua bagasi wanita berusia 24 tahun, polis menemukan 65 bungkusan ketulan mampat disyaki bunga Ganja seberat 32.5 kg dengan nilai dianggarkan berjumlah RM2.6 juta.
"Mana kala pemeriksaan terhadap dua bagasi milik wanita berusia 25 tahun pula menemukan 68 bungkusan ketulan mampat disyaki bunga Ganja seberat 34 kg dan dianggarkan bernilai RM2.72 juta," katanya pada pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.