Menu

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: RAMPAS DADAH RM 3.04 JUTA REMAJA JADI "TRANSPORTER"

Johor Bahru, 23 Julai 2026 - Tindakan seorang remaja lelaki yang keciciran sekolah dan menjadi "transporter" satu sindiket pengedaran dadah akhirnya memakan diri apabila ditahan polis, Sabtu lalu.

Dalam tiga serbuan dijalankan polis sekitar bandar raya ini, remaja berusia 16 tahun itu ditahan bersama tujuh lagi lelaki termasuk seorang warga asing yang semuanya berusia sehingga 78 tahun.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ab Rahaman Arsad berkata, antara yang ditahan adalah ketua sindiket berusia 50-an dan juga seorang perancang utama yang mengatur keseluruhan operasi sindiket berkenaan.

"Pada mulanya, pada jam 9 malam, kita menyerbu sebuah Perodua Bezza di parkir hadapan sebuah hotel sebelum menahan empat lelaki tempatan dan lelaki warga asing itu, sebelum serbuan susulan dibuat di dalam hotel berkenaan dan tiga lagi suspek ditahan.
"Dua suspek pertama yang ditahan bertindak sebagai transporter. Mereka adalah remaja berkenaan yang kita dapati sudah tidak bersekolah sejak Januari tahun lalu, tercicir dan diabaikan keluarga. Seorang lagi ''transporter'' adalah warga asing.

"Suspek ketiga adalah runner, tiga lagi suspek adalah orang kanan kepada ketua sindiket," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS