Kuala Lumpur, 30 Julai 2026 – Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Sambutan Hari Pahlawan 2026 yang diadakan di Masjid Negara, di sini petang tadi bagi memohon keberkatan dan rahmat Allah SWT agar perjalanan sambutan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok berjalan lancar.
Kepimpinan Polis Diraja Malaysia bersama
Angkatan Tentera Malaysia hadir ke majlis yang dimulakan dengan solat fardhu Asar berjemaah, disusuli bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa selamat pimpinan Imam Besar
Masjid Negara, Dr. Amru Alhaz Adnan.
Antara yang hadir mengimarahkan majlis ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri
Shamsul Azri Abu Bakar, Panglima
Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Hj. Md Othman, Panglima
Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Muhamad Norazlan Aris TUDM, Pengarah
Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid dan Timbalan Ketua
Polis Kuala Lumpur, DCP Dato' Mohd Azani Omar.
Bacaan doa dipanjatkan bagi memohon kesejahteraan buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,
Sultan Ibrahim, seterusnya memohon keampunan dan rahmat Allah SWT buat para pahlawan negara yang telah berkorban demi mempertahankan kedaulatan tanah air, di samping mendoakan kesejahteraan warga pasukan keselamatan yang masih berkhidmat.
Penganjuran majlis itu merupakan antara pengisian utama sambutan sebagai tanda penghormatan terhadap jasa, pengorbanan dan perjuangan anggota pasukan keselamatan, di samping menzahirkan rasa syukur atas nikmat keamanan yang dikecapi hari ini.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery