Kini sedang berlangsungnya Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2026 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim bertempat di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.
Majlis turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose.
Siaran langsung ini turut menampilkan Timbalan Ketua Eksekutif (Keselamatan) Institut Keselamatan Awam Malaysia, SAC Dr. Shazrin Azlin Ruslan sebagai komentator Polis Diraja Malaysia bersama Pengarah Transformasi Strategik Tentera Darat, Kolonel Ahmad Nirman Fariz Zakaria dari Angkatan Tentera Malaysia yang mengulas topik “Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan 2026”.
Sumber: RTM - Radio Televisyen Malaysia