Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM TELITI CCTV KLIA, IMEJ BAGASI JURUTERBANG

 
Kuala Lumpur, 2 Ogos 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta imej pengimbas bagasi susulan penahanan seorang juruterbang Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) yang didakwa menyeludup dadah ke Indonesia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Hussein Omar Khan, berkata pihaknya sudah menerima maklumat rasmi daripada pihak berkuasa Indonesia dan membuka siasatan di Malaysia berhubung kes berkenaan.

Katanya, siasatan tertumpu kepada usaha mengenal pasti sumber bekalan dadah, individu dipercayai mengarahkan suspek serta rangkaian sindiket yang mungkin terbabit.

"Kita akan menyiasat kemungkinan wujud rangkaian sindiket yang menggunakan penerbangan atau laluan udara untuk menyeludup dadah berkait kes ini.

"Suspek juga dilaporkan pernah melakukan kegiatan sama menggunakan modus operandi sama sebelum ini, sehubungan itu akan menyemak rakaman CCTV di KLIA dan imej pengimbas bagasi bagi membantu siasatan," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of ‎text that says '‎PDRM teliti CCT KLIA, imej bagasi juruterbang peka berbati-hati melakukan penehantaran dadah ชายบา Siasatan tertumpu usaha kenal pasti sumber bekalan dadah, rangkaian sindiket di Malaysia sindiket Keratan katanvu Oleh semalam. Sasatan Azizah Mokhtar melaporkan sindiket ranμ.- เน Kuala penerhangan halの社 Diraia cenyataan memaklum pihak berkuasa Terbang Republik terbadap תאקנוה RM45 ehayah Kekel Siasatan (JSJN) dipercayai menerimu Berkua- 'Orang berkuasa dinasihalkan Indonesia ענרונת khmkan hekalan individu Kita akan menyiasat kemungkinan wujud rangkaian sindiketyang yang menggunakan penerbangan atau laluan udara untuk menyeludup dadah berkait kes ini pihak sindikac tarbahit menriasat kemung- HusseinOm Khan, kepada nsia- ditemaleanba dalang rangka-‎'‎


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS