Menu

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DUTA BESAR REPUBLIK JERMAN KE MALAYSIA

Kuala Lumpur, 3 Ogos 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Jerman ke Malaysia, H.E. Silke Riecken-Daerr di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, hari ini.

Kunjungan hormat tersebut diadakan bagi memperkukuh hubungan kerjasama yang telah lama terjalin antara PDRM dan pihak berkuasa keselamatan Republik Persekutuan Jerman, khususnya dalam bidang keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.

Selain mengeratkan hubungan dua hala, pertemuan berkenaan turut menjadi platform untuk mempertingkatkan kerjasama dalam menangani cabaran keselamatan semasa yang bersifat global, termasuk jenayah siber dan jenayah rentas sempadan menerusi perkongsian maklumat, pengalaman serta amalan terbaik secara berterusan.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu, Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, DCP Mohd Mahidisham Ishak, Penolong Pengarah E3A Cawangan Khas Bukit Aman, SAC G. Seetha Davi M. Govindan Nair dan ACP Perhubungan Antarabangsa Urus Setia KPN Bukit Aman, ACP Loh Pey Pey.

Jurugambar: Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim

May be an image of dais and text that says 'IBU PEJABAT POL POLISDIRAJAMAL LISDIRAJA DIRAJAMALAYSIA DIRAJA MAI MALAYSIA YSIA BUKIT BUKITAMAN AMANE 일결조신회 சடක்ட் 讀 BUKIT BUKITAMAN AMAN'

May be an image of the Oval Office and text

May be an image of text that says 'BUKIT BUKITAMAN AMAN 梦 20 台 -'

May be an image of text

May be an image of text that says 'BUKIT BUKITAMAN AMAN ဗဖး'

May be an image of one or more people, dais, the Oval Office and text

May be an image of one or more people, the Oval Office and text

No photo description available.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS