Menu

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI LJBM

Kuala Lumpur, 5 Ogos 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd. Khalid Hj. Ismail menerima kunjungan hormat daripada delegasi Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) yang diketuai oleh Yang Dipertua LJBM, Puan Sr. Noraisah Kadirin di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan kerjasama strategik antara LJBM bersama PDRM dalam memperkasakan penguatkuasaan terhadap penyedia perkhidmatan ukur bahan tidak sah, melindungi kepentingan awam dan integriti profesion, di samping mewujudkan mekanisme pelaporan, rujukan serta tindakan bersama yang lebih berkesan.

Turut hadir ialah Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Rusdi Mohd Isa, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor Yusof dan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) Bukit Aman, SAC Lim Chee Wah.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar

May be an image of text

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎BUKIT AMAN 2 X の 税 LI م POLIS -‎'‎‎

May be an image of the Oval Office and dais

May be an image of one or more people, the Oval Office, dais and text

May be an image of one or more people, dais and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS