Kuala Lumpur, 10 Ogos 2026 - Sindiket culik yang ditumpaskan
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, di utara tanah air, Jumaat lalu, menggunakan aplikasi temu janji dan media sosial seperti Telegram, WeChat serta Badoo untuk berkenalan dan 'memancing' sebelum memerangkap sasaran mereka sebaik tiba di negara ini.
Itu adalah modus operandi sindiket ini kepada semua sasaran mangsanya yang juga warga asing yang ditawarkan peluang pekerjaan atau dijanjikan perkhidmatan teman sosial.
Pengarah JSJ, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu berkata, ahli kumpulan berkenaan akan mendampingi mangsa dengan memperdaya mereka melalui pelawaan bercuti, janji pekerjaan atau bersosial sebelum menculik dan mengurung mereka.
Beliau berkata, selepas mangsa ditahan, suspek akan mengarahkan mereka mendedahkan maklumat perbankan sebelum memindahkan semua wang dalam akaun mangsa ke akaun suspek.
"Mangsa juga diminta menghubungi ahli keluarga dan rakan-rakan untuk meminta atau meminjam wang sebagai tebusan bagi pembebasan mereka.
"Modus operandi itu dikesan susulan kejayaan polis menyelamatkan dua mangsa culik, masing-masing lelaki warga asing berusia 72 tahun dan wanita warga asing berusia 33 tahun, di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar, Kedah, pada 8 Ogos lalu," katanya pada sidang media JSJ, di Bukit Aman, hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,