Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] ISU TULAR: LELAKI ACU PISAU DI STESEN MINYAK DITAHAN POLIS

Kuala Terengganu, 11 Ogos 2026 - Polis menahan seorang lelaki yang bertindak agresif dengan mengacukan pisau pemotong daging terhadap pekerja panggilan di sebuah stesen minyak di Jalan Pasir Panjang, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata, suspek berusia 55 tahun itu ditahan kira-kira 10.00 malam kelmarin di kediamannya di Kampung Nibung, dekat sini.

Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati suspek mendakwa mangsa lambat mengisi minyak.

"Ketika mengisi minyak jam 4.30 petang, mangsa lelaki berusia 26 tahun didatangi suspek yang menaiki motosikal. Suspek menjerit dan memarahi mangsa kerana dikatakan lambat mengisi minyak, tetapi tidak diendahkan.

"Suspek berang mengambil pisau pemotong daging dari bakul motosikalnya lalu mengacukan kepada mangsa. Mangsa ketakutan melarikan diri sebelum membuat laporan polis," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran

May be an image of slow loris and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS