Menu

VIDEO PILIHAN: KPN SEMPURNAKAN MAJLIS PEMAKAIAN LENCANA PANGKAT PEGAWAI KANAN POLIS DAN PANGKAT KEHORMAT


Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menyempurnakan Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis (Pegawai Diwartakan) dan Pangkat Kehormat yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut melibatkan 30 pegawai kanan PDRM yang terdiri daripada dua Komisioner Polis (CP), tiga Deputi Komisioner Polis (DCP), 12 Senior Asisten Komisioner (SAC) dan 13 Asisten Komisioner Polis (ACP), selaras dengan Arahan Pertukaran Pegawai Kanan Polis.

Turut diberikan pengiktirafan ialah tiga individu menerusi penganugerahan pangkat kehormat sebagai tanda penghargaan atas sumbangan serta kerjasama dalam memperkukuhkan keupayaan PDRM, khususnya dalam aspek keselamatan siber, pencegahan jenayah dalam talian dan pemeliharaan ketenteraman awam.

Sumber: TikTok PDRMsia_Official

Juruvideo: Lans Koperal Muhamad Afiq Abdullah




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS